Utama

MaAhad Darul Muhajirin

Kami memerlukan dana USD 20,000 (RM90,000) bagi pembinaan Maahad Kg Plok.
Mendermalah melalui toyyibPay

Selamat datang ke laman sesawang Maahad Darul Muhajirin

Maahad Darul Muhajirin Kampung Plok, Daerah Sesan Wilayah Stueng Treng adalah sebuah pondok pengajian Islam luar bandar kedua selepas Maahad Darul Muhajirin Kg Buleh, Daerah Ou Reang, Wilayah Mondokiri yang dikelolai oleh Ustaz Qamarudidin Abd Halim. Dana pembinaan maahad kedua ini juga dijangka hasil dari sumbangan orang ramai dari dalam dan luar negara terutamanya Malaysia.

Tapak Maahad Darul Muhajirin Kampong Plok
Kami memerlukan dana USD 20,000 (RM90,000) bagi pembinaan Maahad Kg Plok.
Mendermalah melalui toyyibPay

Murid-murid maahad ini terdiri dari anak-anak tempatan yang mendiami sekitar kawasan kampung. Majoriti ibubapa mereka adalah miskin dengan pendapatan tidak tetap sekitar RM10 sehari. Maahad ini mendidik sehingga 30 orang murid pada satu masa dan kelas dibahagikan kepada sesi pagi dan petang.

Kami memerlukan dana sumbangan orang ramai bagi pembangunan maahad ini. Kompleks maahad ini mengandungi bangunan sekolah, surau, asrama pelajar dan rumah guru. Anggaran kos pembinaan sebanyak USD20,000 atau RM 90,000 diperlukan bagi merealisasikan impian anak-anak kampung ni untuk mereka belajar membaca, menulis dan mengira dan mengikuti kelas-kelas KAFA seperti di Malaysia.

Dana USD 20,000 (RM90,000) diperlukan bagi pembinaan Maahad Kg Plok.
Mendermalah melalui toyyibPay

Maklumat Umum Kampung Plok

Kami memerlukan dana USD 20,000 (RM90,000) bagi pembinaan Maahad Kg Plok.
Dermalah melalui toyyibPay

Terdapat sekitar 300 keluarga mendiami kampung ini dan kebanyakan mereka adalah peneroka tempatan berbanding Kampong Buleh yang kini sekitar 200 keluarga menetap di sana.

Terdapat jalan utama bertar berdekatan kampung ini dan ini memudahkan hasil tanaman kontan dipasarkan. Penanaman seperti ubikayu, kacang tanah dan sayur-sayuran juga ditanam di sekitar kampung ini.

Purata pendapatan mereka adalah diantara USD150-USD200 (RM500-RM800) sahaja sebulan.

Kami memerlukan dana USD 20,000 (RM90,000) bagi pembinaan Maahad Kg Plok.
Dermalah melalui toyyibPay

Mengenai kami

Pondok pengajian Islam Maahad Darul Muhajirin di Kampung Buleh, Mukim Dakdam, Daerah Oreang, Negeri Mondolkiri, Kemboja ini diasaskan oleh Ust Hj Qamaruddin bin Abdul Halim Al-Hafiz dengan bantuan tiga tenaga pengajar serta beberapa ahli khariah kampung.

Kami memerlukan dana USD 20,000 (RM90,000) bagi pembinaan Kompleks Maahad Kg Plok.
Mendermalah melalui toyyibPay

Biodata Ustaz Hj Qamaruddin Halim Al-Yameni

  • Pengajian
    • Rendah
      • Sekolah Agama Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiah Phume Trea, Kampong Cham, Kemboja selama 3 tahun
    • Menengah
      • Pembelajaran Kitab di Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiah Phume Trea, Kampong Cham, Kemboja selama 5 tahun
      • Pembelajaran di Maahad Tahfiz AlQuran Al-Nur Markaz Jala Thailand selama 3 tahun
      • Hafazan Al-Quran 5 bulan, Khatam 30 juz serta mendapat sijil 30 juz sehari khatam.
      • Menyambung pembelajaran Kitab selama 2 tahun.
      • Pengajian di Pondok Mahaad Al-Nahdhah Ai-Ishlahiyah Al-Asyariyah Padang Pusu Patani Thailand selama 4 tahun.
    • Sarjana Muda
      • B Art Madrasah Islamiah Jamiah Darul Ulum Al-Syariayh Ghulail Hudaidah, Yamen selama 7 tahun
      • Kursus hafalan matan-matan semua bidang ilmu selama 3 tahun
    • Beliau juga merupakan pelajar cemerlang sepanjang pengajian di Negeri Thai dan Yamen
    • Beliau juga memperoleh sijil pentauliahan mengajar dari Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang sejak 2018 disamping menjadi pendakwah undangan di beberapa negeri-negeri di Malaysia seperti Terengganu, Selangor, Perak dan Melaka.
    • Pekerjaan sekarang: Pendidik dan Pengasas Pondok Maahad Darul Muhajirin Mondolkiri Kemboja

Maklumat ini disediakan oleh Ustaz Muhammad Asnawi Al Hafiz

Terkini

Kami sedang berusaha menanam getah di tanah kami seluas 50 hektar di Kg Buleh. Sebanyak 32,000 anak pokok getah diperlukan bagi tujuan ini. Oleh yang demikian kami melancarkan program tanam getah dimana tuan puan boleh membeli anak pokok getah dan menyerahkan kepada kami untuk ditanam.

Sila klik di pautan dibawah ini bagi memilih untuk membeli 1 atau 10 atau 50 anak pokok untuk ditanam. Pembelian setiap pokok adalah termasuk kos bersih tanah, selenggara pokok, baja 1x dan racun 2x setahun

https://toyyibpay.com/1-pokok-getah-RM15

https://toyyibpay.com/10-pokok-getah-RM150

https://toyyibpay.com/50-pokok-getah-RM750

Projek tanaman getah ini telah bermula sejak awal tahun ini dan sumbangan juga diperlukan untuk meyelenggara anak-anak pokok sehingga boleh menghasilkan susu getah. Sila klik di pautan dibawah ini.

https://toyyibpay.com/Wakaf-Ekonomi-Getah

Masjid Kg Buleh Mondolkiri

Masjid ini yang juga di bawah kelolaan Ustaz Qamar dibina dari sumbangan rakyat Malaysia dan Singapura. Kos pembinaan sekitar USD20,000 mengambil masa hampir dua tahun dari pengumpulan dana sehinggalah siap terbina pada Mac 2022. Alhamdulillah walau pun dunia diserang wabak Corona Virus sejak 2019 yang lalu, syiar Islam tetap bersinar di bumi Ou Reang.

Program Tanam Getah

Bagi meneruskan program meningkatkan pendapatan mahaad ini, projek menanam getah sebagai salah satu sumber pendapatan jangka panjang yang memberi pulangan agak tinggi bagi setiap hektar hasil susu getah dan getah skrap. Sebanyak 50 hektar diperuntukkan bagi tujuan ini. Kami memerlukan 32,000 anak pokok getah sepanjang 3 tahun akan datang dan sokongan orang ramai amat diperlukan …

Operasi

Sumbangan berterusan tuan puan sangat sangat kami hargai. Kos operasi mahaad ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pengajian agama dan penjagaan ladang sediada sebanyak USD 1,870 (RM8,415) sebulan. Pecahan kos adalah seperti berikut: Pendidikan Gaji pengajar, 2 ustaz dan seorang pembantu USD700 (RM3150) Keperluan buku-buku, alat tulis dan alat bantu mengajar USD50 (RM225) Keperluan makanan …

Hubungi

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustaz Qamar ditalian wasap +855 714 74 0222 atau Hj Kadir di www.wasap.my/601113171840

Tuan Puan juga boleh menghubungi kami dengan mengisi borang di bawah ini.

No talipon mudah alih