Pondok pengajian Islam Maahad Darul Muhajirin di Kampung Buleh, Mukim Dakdam, Daerah Oreang, Negeri Mondolkiri, Kemboja ini diasaskan oleh Ust Hj Qamaruddin bin Abdul Halim Al-Hafiz dengan bantuan tiga tenaga pengajar serta beberapa ahli khariah kampung.
Biodata Ustaz Hj Qamaruddin Halim Al-Yameni
- Pengajian
- Rendah
- Sekolah Agama Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiah Phume Trea, Kampong Cham, Kemboja selama 3 tahun
- Menengah
- Pembelajaran Kitab di Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiah Phume Trea, Kampong Cham, Kemboja selama 5 tahun
- Pembelajaran di Maahad Tahfiz AlQuran Al-Nur Markaz Jala Thailand selama 3 tahun
- Hafazan Al-Quran 5 bulan, Khatam 30 juz serta mendapat sijil 30 juz sehari khatam.
- Menyambung pembelajaran Kitab selama 2 tahun.
- Pengajian di Pondok Mahaad Al-Nahdhah Ai-Ishlahiyah Al-Asyariyah Padang Pusu Patani Thailand selama 4 tahun.
- Sarjana Muda
- B Art Madrasah Islamiah Jamiah Darul Ulum Al-Syariayh Ghulail Hudaidah, Yamen selama 7 tahun
- Kursus hafalan matan-matan semua bidang ilmu selama 3 tahun
- Beliau juga merupakan pelajar cemerlang sepanjang pengajian di Negeri Thai dan Yamen
- Beliau juga memperoleh sijil pentauliahan mengajar dari Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang sejak 2018 disamping menjadi pendakwah undangan di beberapa negeri-negeri di Malaysia seperti Terengganu, Selangor, Perak dan Melaka.
- Pekerjaan sekarang: Pendidik dan Pengasas Pondok Maahad Darul Muhajirin Mondolkiri Kemboja
- Rendah
Maklumat ini disediakan oleh Ustaz Muhammad Asnawi Al Hafiz