Projek ini bakal dilaksanakan pada penghujung 1443H dengan pembelian sebanyak 20 ekor anak lembu tempatan, sebagai projek rintis. Sebelum ini binatang ternakan seperti kambing dan lembu qurban diperolehi dari ibu negara dan Negeri Thai. Walau bagaimana pun ternakan import ini mati disebabkan iklim di daerah ini yang sejuk dengan ketinggiannya melebihi 3,000m dari aras laut.


Kami mengambil langkah proaktif dengan membeli anak-anak lembu di Kg Stueng Treng dan menyediakan kandang dan padang ragut rumput seluas 20 hektar di tempat yang sama bagi tujuan qurban pada setiap musim haji.
- Mahaad Kg Buleh bercadang untuk mengajak orang ramai berkongsi keuntungan dari aktiviti ini.
- Bagi setiap pembelian anak lembu yang berumur 6 bulan, ianya akan dijaga dan dibesarkan selama setahun di kandang dan padang ragut kami di Kg Stueng Treng.
- Hasil keuntungan jualan lembu tersebut akan dibahagi dua kepada pelabur dan pihak mahaad bagi menampung kos pengoperasian madrasah dan asrama murid.

Anggaran kewangan projek adalah seperti berikut:
- Pembelian anak lembu baka kacukan tempatan berumur 6 bulan USD250
- Kos penjagaan untuk setahun USD 100
- Jualan setelah berumur 18 bulan USD550
- Kos belian semula anak lembu dan penjagaan untuk setahun akan datang USD350
- Untung bersih USD200, pelabur USD100 dan Mahaad USD100
Beli Anak Lembu (toyyibpay.com)
Walau apa jua pun ikhtiar dan usaha yang kita lakukan, ketentuan Allah mengatasi segala-galanya. Sekiranya lembu-lembu milik pelabur mati atau dimakan binatang buas, maka pihak mahaad tidak mampu menggantikannya. Ini dianggap sebagai kerugian yang terpaksa ditanggung pelabur dan mahaad juga.


