Mengenai kami

Pondok pengajian Islam Maahad Darul Muhajirin di Kampung Buleh, Mukim Dakdam, Daerah Oreang, Negeri Mondolkiri, Kemboja ini diasaskan oleh Ust Hj Qamaruddin bin Abdul Halim Al-Hafiz dengan bantuan tiga tenaga pengajar serta beberapa ahli khariah kampung.

Kami memerlukan dana USD 20,000 (RM90,000) bagi pembinaan Kompleks Maahad Kg Plok.
Mendermalah melalui toyyibPay

Biodata Ustaz Hj Qamaruddin Halim Al-Yameni

  • Pengajian
    • Rendah
      • Sekolah Agama Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiah Phume Trea, Kampong Cham, Kemboja selama 3 tahun
    • Menengah
      • Pembelajaran Kitab di Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiah Phume Trea, Kampong Cham, Kemboja selama 5 tahun
      • Pembelajaran di Maahad Tahfiz AlQuran Al-Nur Markaz Jala Thailand selama 3 tahun
      • Hafazan Al-Quran 5 bulan, Khatam 30 juz serta mendapat sijil 30 juz sehari khatam.
      • Menyambung pembelajaran Kitab selama 2 tahun.
      • Pengajian di Pondok Mahaad Al-Nahdhah Ai-Ishlahiyah Al-Asyariyah Padang Pusu Patani Thailand selama 4 tahun.
    • Sarjana Muda
      • B Art Madrasah Islamiah Jamiah Darul Ulum Al-Syariayh Ghulail Hudaidah, Yamen selama 7 tahun
      • Kursus hafalan matan-matan semua bidang ilmu selama 3 tahun
    • Beliau juga merupakan pelajar cemerlang sepanjang pengajian di Negeri Thai dan Yamen
    • Beliau juga memperoleh sijil pentauliahan mengajar dari Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang sejak 2018 disamping menjadi pendakwah undangan di beberapa negeri-negeri di Malaysia seperti Terengganu, Selangor, Perak dan Melaka.
    • Pekerjaan sekarang: Pendidik dan Pengasas Pondok Maahad Darul Muhajirin Mondolkiri Kemboja

Maklumat ini disediakan oleh Ustaz Muhammad Asnawi Al Hafiz