Masjid Kg Buleh Mondolkiri

Masjid ini yang juga di bawah kelolaan Ustaz Qamar dibina dari sumbangan rakyat Malaysia dan Singapura. Kos pembinaan sekitar USD20,000 mengambil masa hampir dua tahun dari pengumpulan dana sehinggalah siap terbina pada Mac 2022. Alhamdulillah walau pun dunia diserang wabak Corona Virus sejak 2019 yang lalu, syiar Islam tetap bersinar di bumi Ou Reang.

Program Tanam Getah

Bagi meneruskan program meningkatkan pendapatan mahaad ini, projek menanam getah sebagai salah satu sumber pendapatan jangka panjang yang memberi pulangan agak tinggi bagi setiap hektar hasil susu getah dan getah skrap.

Sebanyak 50 hektar diperuntukkan bagi tujuan ini. Kami memerlukan 32,000 anak pokok getah sepanjang 3 tahun akan datang dan sokongan orang ramai amat diperlukan dengan membeli anak pokok getah dan menyerahkan kepada kami untuk ditanam di tanah yang direzabkan bagi tujuan diatas.

Sila klik pada pautan di bawah bagi membeli 1 atau 10 atau 50 anak pokok getah untuk ditanam termasuk termasuk kerja-kerja bersih tanah, selenggara pokok, membaja sekali setahun dan meracun dua kali setahun.

https://toyyibpay.com/1-pokok-getah-RM15

https://toyyibpay.com/10-pokok-getah-RM150

https://toyyibpay.com/50-pokok-getah-RM750

Projek tanaman getah ini telah bermula sejak awal tahun ini dan sumbangan juga diperlukan untuk meyelenggara anak-anak pokok sehingga boleh menghasilkan susu getah. Sila klik di pautan dibawah ini.

https://toyyibpay.com/Wakaf-Ekonomi-Getah

Operasi

Sumbangan berterusan tuan puan sangat sangat kami hargai. Kos operasi mahaad ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pengajian agama dan penjagaan ladang sediada sebanyak USD 1,870 (RM8,415) sebulan.

Pecahan kos adalah seperti berikut:

Pendidikan

  1. Gaji pengajar, 2 ustaz dan seorang pembantu USD700 (RM3150)
  2. Keperluan buku-buku, alat tulis dan alat bantu mengajar USD50 (RM225)
  3. Keperluan makanan murid-murid USD500 (RM2250)
  4. Diesel untuk pam air dan letrik USD100 (RM450)
  5. Jumlah USD1,350 (RM6,075)

Ekonomi

  • Gaji pekebun 2 orang USD400 (RM1,800)
  • Baja dan Racun USD100 (RM450)
  • Alatan pembersihan USD20 (RM90)
  • Jumlah USD520 (RM 2,340)

Tuan puan bolehlah menyalurkan sumbangan dalam jumlah pelbagai mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing melalui pautan ini.

Semoga amalan jariah tuan puan diterima Allah SWT.